Friday, October 1, 2010

VANDALISME DALAM KALANGAN REMAJA

Pendahuluan

Vandalisme boleh didefinisikan sebagai perilaku membinasakan  harta benda awam atau orang lain.Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah iaitu 'vandal' yang telah membinasakan kota Rome pada kurun ke-5.Vandalisme seringkali dirujuk kepada perbuatan merosakkan harta benda awam seperti kerusi, telefon dan tandas awam. Kelakuan ini biasanya dilakukan oleh remaja yang terlibat dalam budaya lepak dan dianggap sebagai sebagai satu cara untuk melepaskan geram atau kebosanan semata-mata.Walaupun motif mereka amat ringan tetepi masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian besar atas perilaku musnah mereka.

Faktor-faktor berlakunya vandalisme
a) Pengaruh rakan sebaya
Terdapat berbagai faktor yang mampu mendorong kepada permasalahan ini dan pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang terbesar. Seperti yang diketahui umum,rakan sebaya mempu mencorakkan nilai-nilai sama ada positif atau negatif dalam diri remaja. Remaja yang gagal memilih rakan yang baik akan terikut dengan perilaku negatif rakan mereka dan salah satu daripada perilaku tersebut adalah kegiatan vandalisme. Secara kebiasaannya,remaja yang melakukan kegiatan vandalisme merupakan golongan remaja dalam kumpulan.Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul maka timbullah pelbagai idea negatif termasuklah menconteng dan merosakkan harta benda awam.

b) Pengaruh ibu bapa
Selain itu, ibu bapa juga berperanan dalam menanamkan nilai negatif kepada anak-anak meraka.Tanpa kita sedari,ibu bapa mampu mendorong kepada sifat vandalisme dalam kalanganremaja melalui tindakan mereka sewaktu bersama anak-anak mereka.Sebagai ntoh, tindakan ibubapa membuang sampah di merata-rata  tempat tanpa mempedulikan keadaan sekeliling mengajar anak-anak mencontohi tindakan mereka. Menurut kajian,kebanyakan remaja yang terlibat dengangejala vandalisme lahir dalam keluarga yang bermasalah.Ibu bapa yang terlibat dengan masalahpenceraian misalnya membuatkan anak mereka berasa tertekan.Tekanan yang dialami membuatkanremaja mencari medium untuk melepaskan kemarahan dan salah satu cara untuk melepaskantekanan tersebut adalah melalui tingkah laku fizikal iaitu vandalisme.

c) Pengaruh media massa
Pengaruh media massa turut mendorong kepada masalah tingkah laku musnahini. Pengaruh yang merujuk kepada paparan adegan negatif yang dipaparkan di dalam unsur mediamassa khususnya televisyen. Adegan-adegan ganas dan ekstrem khususnya yang diunjurkan dariBarat seringkali merosakkan minda remaja.Tidak kurang daripada itu"filem-filem daripada tempatan turut berani memaparkan adegan negatif yang mencorak ke arah kegiatan vandalisme untuk tontonan masyarakat.Remaja yang masih tidak mampu untuk membezakan perkara yang baik dan buruk sudah pasti mudah terikut dangan adegan yang dipaparkan seterusnya mempraktikkan perkara tersebut di dalam kehidupannya.Hasil daripada keadaan tersebut menyebabkan berlakunya peningkatan kegiatan vandalisme dalam kalangan remaja.

d) Sikap tidak peduli masyarakat
Sikap tidak peduli masyarakat turut mnyebabkan masalah vandalisme semakin
meningkat.Masyarakat secara umunmya memainkan peranan penting dalam sesebuah
komuniti.Setiap individu dalam sesebuah masyarakat mempunyai peranan penting dalam
membentuk komuniti yang sihat.Malangnya perkara yang berlaku dewasa ini amat
mendukacitakan. Sikap masyarakat yang hanya mementingkan material semata-mata
menyebabkan perkara yang berlaku di sekeliling sudah tidak diambil peduli. Kerosakan harta
benda awam yang berlaku di persekitaran mereka sudah tidak lagi menjadi masalah mereka danini menyebabkan remaja yang melakukan kegiatan vandalisme merasakan bahawa diri merekabebas untuk melakukan perkara tersebut.

Langkah-langkah untuk menangani masalah vandalisme
a) Cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah vandalisme. Usaha yang paling utama dan efisien adalah cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal mendidik anakagar tidak terjerumus dalan penderaan sosial seperti gejala vandalisme ini. "Melentur buluh biarlahdari rebungnya" merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalammengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yangberkaitan hal agama sejak kecil supaya anak-anak menyedari perkara tersebut sama ada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur, barulah ibu bapa kelam kabut untukmengambil tindakan yang sememangnya amat susah diterima oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Seterusnya ibu bapa pula tidak bersikap lepas tangan dalammendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungiawab kepadapembantu rumah. Jadi ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anaksupaya mereka menganggap ibu bapa sering menjadi tempat berlindung dan tempat mengadu masalah.

b) Penguatkuasaan undang-undang
Langkah penguatkuasaan undang-undang turut memainkan peranan penting.Dendamaksimum harus dikenakan kepada pelaku yang merosakkan harta benda awam.Tindakan ini wajar dilakukan kepada pesalah bagi memberi pengajaran kepada rakan-rakan mereka yanglain.Pelaksanaan hukuman seperti kerja-keja khidmat masyarakat juga boleh dilakukan.Melalui kegiatan inipesalah akan dikerah untuk menjalankan kerja sosial seperti mengutip sampah danmembersihkan kawasan-kawasan yang kotor.Ini secara tidak langsung mendidik pesalah dalammenjaga kepentingan awam dengan baik.

c) Kempen-kempen pencegahan jenayah
Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh diadakan di setiap institusi pendidikan. Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan marnpu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para remaja terutanya peringkat sekolah rendah.Hal ini demikian kerana pelajar pada tahun ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah seperti vandalisme. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kempen kesedaran yang diadakan di sekolah .Antara kempen pencegahan jenayahyang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Oleh itu kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran  remaja yang sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.Melalui langkah ini, kegiatan vandalisme dapat dikuarangkan.

Penutup
Kesimpulannya, perbuatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme kian hari menular di negara kita.Banyak perkara yang mampu dilakukan untuk membanteras masalah ini.Pendidikan merupakan tunjang utama dalam menangani permasalahan ini.Pendidikan  di semua peringkat diharap mampu menambahkan kesedaran tentang kecintaan kepada harta benda awam selain beberapa langkah lain yaag boleh digerakkan. Semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani permasalahan ini agar gejala vandlisme ini tidak terus menular dalam organisasi remajai itu sendiri seterusnya melahirkan remaja yang mempunyai nilai dan etika yang baik dalam kehidupan.

16 comments:

  1. saya mohon copy yg ni yer.. utk presentation. tQ for the infomation.. ^^

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. knpe panjang sangat ulasan nye

    ReplyDelete
  4. To many typo sir but still your esei is nice and easy to understand

    ReplyDelete
  5. kecintaan kepada harta benda awam selain beberapa langkah lain yaag boleh digerakkan. Semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani permasalahan ini agar gejala vandlisme ini tidak terus menular dalam organisasi remajai itu sendiri seterusnya melahirkan remaja yang mempunyai nilai dan etika yang baik dalam kehidupan

    ReplyDelete
  6. Ya itu benar sekali kita harus menangani dari segala perbuatan vandalisme ini

    Itu saya sangat setuju dengan awak yang telah memprihatinkan kepada masyarakat..

    ReplyDelete
  7. Slot City, Situs Judi Online Terpercaya 2021 - Mapyro
    Slot City, Situs 이천 출장안마 Judi Online Terpercaya 2021. Mapyro is an online gambling website providing sports betting tips, live 과천 출장안마 casino 군포 출장마사지 games 대전광역 출장안마 and 포천 출장샵 sports

    ReplyDelete