Friday, October 1, 2010

PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA



Pendahuluan
                 Baru – baru ini, sering meniti dari bibir ke bibir tentang isu pembuangan bayi dalam kalangan remaja.Gejala tersebut telah menjadi berita hangat dalam negara Malaysia.Saban hari, kita dapat memperoleh berita tentang bayi dijumpai di dalam tandas awam,di tepi longkang,dan lain –lain tempat lagi tanpa ada perasaan perikemanusiaan dalam kalangan remaja.Tindakan remaja yang membuang bayi adalah untuk menyembunyikan perbuatan dusta. Hal ini diakibatkan oleh mereka tidak mahu diejek dan dicaci oleh masyarakat tempatan yang penuh suci.Tindakan mereka yang belum kahwin telah menjalankan hubungan seks dengan teman –teman telah melanggar undang – undang negara dan Allah.Jadi,apakah faktor yang menyebabkan kemelut pembuangan bayi dalam kalangan remaja?
Faktor –Faktor Menyebabkan Pembuangan Bayi:
a)      Pergaulan Bebas dalam Kalangan Remaja
                  Faktor perdana yang mencetuskan isu tersebut adalah disebabkan oleh pergaulan bebas dalam kalangan remaja.Pergaulan yang tidak dikawal dalam kalangan remaja antara lelaki dengan perempuan maka menyebabkan mereka melakukan perzinaan dengan sesuka hati.Lebih – lebih lagi, remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sisa – sisa dianggap sebagai sampah masyarakat.Oleh itu, remaja cendorong kepada pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan.Maka hubungan seks telah berlaku.Lambat laun , remaja telah menganggap tindakan tersebut hanya untuk membebasan nafsu mereka.Jadi,masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja semakin hari semakin meningkat dalam jangka masa yang singkat.Sesungguhnya,tindakan yang agresif dan proaktif perlu dilakasanakan bagi membendung masalah itu supaya tiada bayi –bayi menjadi mangsa lagi.
b)      Kurang Didikan Agama dan Moral
                 Seterusnya,kurang didikan agama dan moral dalam kalangan remaja juga mengakibatkan senario ini.Remaja yang kurang didikan agama akan menyebabkan mereka tiada perasaan tentang sikap bertanggunjawab dan akhirnya sangguo mengorbankan anak –anak yang baru dilahirkan di dunia ini.Kita perlu tahu didkan agama dalam sahsiah remaja amat penting kerana dapat mengawal sebarang tingkah laku mereka.Dengan adanya asuhan dan didikan agama maka remaja akan bertindak secara rasional sebelum melakuan sesuatu.Mereka akan berfikir sama perbuatan itu adalah baik atau tidak.Jika mereka bertindak tanpa rasional maka ribuan masalah akan timbul.Tindakan remaja yang membuang bayi dengan sesuka hati bukan sahaja menyusahkan kerajaan tetapi mengorbankan satu nyawa.Oleh itu, semua pihak perlulah mengambil berat tentang isu ini supaya negara kita tidak dianggap sebagai masyarakat pada Zaman Jahiliah.
c)      Sikap Masyarakat
                   Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah sosial ini berlaku.Apabila seorang remaja perempuan yang melahirkan anak luar nikah,sudah pastinya masyarakat tempat menghina dan memandang rendah terhadap remaja perempuan itu.Secara tidak langsung,remaja perempuan itu juga akan dianggap menjatuhkan maruah atau harga keluarganya.Sebagai remaja perempuan yang ingin menjaga imej dan status sendiri dan juga keluarga,remaja – remaja akan mengambil jalan yang singkat iaitu membuangkan bayinya daripada dipandang hina oleh masyarakat.Pendek kata, masyarakat setempat sepatutnya tidak menghina dan mengejek remaja yang telah melakukan perbuatan zina maka seharusnya memberi dorongan dan sokongan kepada remaja – remaja.Sokongan dan dorongan dapat membantu mereka agar tidak melakukan perbuatan yang jahil dalam kehidupan.Jadi , mereka akan berfikiran lebih rasional semasa melakukan sesuatu perkara.
                   Fenomena pembuangan bayi dalam negara Malaysia semakin meningkat.Menurut statistik kes- kes pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) pada tahun 2008,sejumlah 112 kes pembuangan bayi telah dilaporkan di seluruh Malaysia .Pada tahun 2009,kes pembuangan bayi telah meningkat kepada 245 kes.Walau bagaimanapun,kita perlu tahu ,terdapat juga banyak kes pembuangan bayi tidak dilaporkan lagi. Melihat akan stastik yang dikongsi di atas,ternyata sekali kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja adalah implikasi daripada masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini terumatanya dalam kalangan generasi muda.
Langkah –Langkah Membendung Pembuangan Bayi
                  Perbuatan membuang bayi dalam kalangan remaja di merata – rata tempat dan menjadi binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji.Oleh itu, langkah –langkah yang efektif perlu dilaksanakan oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial itu agar tidak ada kelahiran anak –anak yang terbiar dalam masyarakat.
a)      Peranan Pihak Ibu Bapa
                  Tindakan yang paling berkesan dalam menghalusi gejala sosial ini ialah peranan pihak ibu bapa. Hal ini kerana, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan sahsiah remaja.Ibu bapa dapat mengawal tingkah laku anak – anak mereka.Ibu bapa seharusnya memberi kasih sayang kepada anak – anak mereka supaya mereka tidak berasa tersisir dalam institusi keluarga.Hal ini kerana , jika ibu bapa kurang memberi kasih sayang kepada anak mereka, maka akhirnya anak mereka akan terjerumus ke kancah negatif seperti ‘ mat rempit ‘ , melepak , berjudi , hubungan seks bebas dan sebagainya.Jadi , ibu bapa hendaklah sentiasa memberi perhatian atau mengambil berat tentang anak mereka.Ibu bapa juga perlu mengetahui kawan – kawan anak mereka supaya dapat berhubung dengan kawan anak mereka jika berlaku sebarang masalah.Sesungguhnya,kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak mereka dapat membantu remaja dalam apa- apa keadaan.
b)      Peranan Pihak Kerajaan
                  Seterusnya, pihak kerajaan perlulah mengambil tindakan yang bijaksana dalam membendung malapetaka ini yang telah menggugat masyarakat tempatan.Pihak kerajaan hendaklah mengadakan atau menganjurkan program – program motivasi dan kempen – kempen yang tentang sahsiah remaja.Hal ini demikian kerana,langkah –langkah yang berkesan seperti kempen dan ceramah dapat memberi maklumat kepada remaja.Sebagai contohnya, pihak kerajaan boleh menganjurkan kempen tentang hubungan seks bebas bagi remaja dan memberi amaran tentang menjalinkan hubungan seks bebas di bawah umur 18 tahun adalah melanggar peraturan dan undang – undang negara.Tambahan pula,badan – badan atau persatuan –persatuan remaja juga boleh mengadakan ceramah dalam kalangan remaja.Jadi, dengan ada asuhan dan didikan yang betul kepada remaja maka sifat –sifat atau peribadi remaja dapat dikawal dengan baik dan sempurna.Sesungguhnya,pihak kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam membanteras masalah tersebut supaya negara dapat melahirkan generasi muda yang lebih berwibawa dan berwawasan.
c)      Peranan Pihak Sekolah
                  Dalam mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja, pihak sekolah juga mempunyai peranan yang penting dalam mengatasinya.Sebagai contohnya,pihak sekolah perlu mengawal tingkah laku pelajar –pelajar.Jika terdapat aduan tentang kes – kes pelajar perempuan diusik oleh pelajar lelaki, pihak sekolah hendaklah membuat tindakan dan bukannya menopang dagu sambil memikirkan cara – cara untuk mengatasinya.Tambahan pula,terdapat sesetengah sekolah menyembunyikan kes –kes pelajar perempuan dirogol oleh pelajar lelaki di dalam sekolah.Jadi ,tindakan tegas hendaklah diambil oleh pihak sekolah untuk mengatasinya bukannya menyembunyikan kes tersebut.Pihak sekolah sepatutnya melaporkan kes – kes tersebut kepada pihak sekolah agar tiada lagi pelajar perempuan menjadi mangsa di sekolah. Kita perlu tahu bahawa sekolah merupakan tempat yang selamat kepada pelajar bukannya tidak selamat lagi bagi pelajar.Pendek kata, guru – guru kaunseling hendaklah bertanggungjawab dalam hal ehwal pelajar.Guru kaunseling merupakan orang tengah kepada pelajar untuk mengadu atau memberi bantuan kepada pelajar yang menghadapi masalah.
Penutup
                   Sebagai intihanya,semua pihak baik ibu bapa , masyarakat , sekolah atau kerajaan hendaklah bekerjasama dan menggembleng sepenuh tenaga dan kudrat untuk membanteras gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja.Masalah itu bagai duri dalam daging bagi negara.Jika kita tidak mengatasinya dengan segera maka nama baik atau imej negara akan runtuh.Tambahan pula,negara kita akan kehilangan banyak generasi yang bakal menerajui negara ke Wawasan 2020.Oleh itu, saya menegaskan lagi bahawa masalah sosial tersebut haruslah dihapuskan dengan segera supaya kadar pembuangan bayi dalam kalangan remaja dapat dikurangkan dan akhirnya dapat dibendung.Ayuh rakyat Malaysia,marilah kita bersama- sama merealisasikan dan melestarikan Misi Nasional !

1 comment:

  1. sbobet - ThauberBet
    Results 1 - 24 of 3000+ — Looking for Sbobet? Head over to our Sbobet page to 메리트카지노 learn sbobet ทางเข้า more about the Sbobet betting 바카라 사이트 site.

    ReplyDelete