Friday, October 1, 2010

REMAJA LARI DARI RUMAH



Pendahuluan
            Kebelakangan ini,kes remaja lari dari rumah telah menjadi isu-isu hangat yang diperkatakan.Keadaan ini sering dapat nampak di surat khabar dan melalui media massa.Pelbagai pihak sering  memberi pandangan dan kritikan mereka dalam kes-kes yang telah berlaku ini.
Punca- Punca yang Menyebabkan Kes Remaja Lari dari Rumah
a)      Kekurangan Kasih Sayang daripada Ibu Bapa
           Punca yang paling ketara ialah kekurangan prihatin dan kasih sayang daripada ibu bapa.Ibu bapa sering sibuk dengan mengejar kejayaan dan kemewahan di tempat kerja untuk memberikan anak kehidupan mewah. Mereka sering keluar dari rumah dengan awal dan balik rumah dengan lewat malam.Hal ini menyebabkan ibu bapa telah mengabaikan anak-anak mereka dalam pelajaran,keagamaan dan nilai-nilai moral.Remaja-remaja mula terasa kurang perhatian daripada ibu bapa,mereka mulai mencari prihatin daripada rakan sebayanya.Ada sesetengah pelajar mula ponteng sekolah dengan tujuan melepak bersama rakan sebaya di kompleks beli-belah atau cyber kafe  akibat daripada mereka berasa tidak selesa tinggal di rumah kerana ibu bapa mereka hanya mementingkan kejayaan.Biasanya, remaja-remaja sekarang lebih mementingkan kebebasan.Mereka lebih suka melepak di luar berbanding duduk di rumah dan hanya pulang ke rumah untuk makan dan tidur.Ada sesetengah remaja lari dari rumah akibat daripada sikap ibu bapa.Sesetengah ibu bapa akan melepaskan geram dengan memukul anak selepas membawa tekanan dari tempat kerja.Oleh itu,hal ini menyebabkan remaja-remaja akan lari dari rumah berbanding lebih teruk menjadi mangsa dera di rumah.
b)      Pengaruh Rakan Sebaya
             Pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca yang menyebabkan remaja lari dari rumah.Keadaan ini sering wujud di surat khabar.Remaja-remaja kini sering kenal kawan melalui internet.Contohnya,melalui Facebook,Friendster,Msn,dan sebagainya.Melalui internet,mereka akan kenal kawan dari berlainan tempat dan latar belakang.Mereka berkawan dengan keadaan tidak tahu latar belakang kawan tersebut.Mereka akan lari dari rumah dengan keluar mengikut orang yang dikenal melalui internet dengan tidak tahu dengan latar belakangnya.Terutamanya remaja-remaja yang mementingkan kekasihnya.Biasanya,remaja yang fikiran kurang matang akan dipengaruhi oleh teman lelakinya. Teman lelaki mereka mempunyai kedudukan yang baik dari segi fizikal seperti bergaya dengan pakaian berjenama dan berketerampilan menarik.Teman lelakinya sering memberi hadiah yang mahal dan memberikannya menikmati kemewahan seperti membawa kereta mewah. Remaja perempuan tidak tahu hati budinya, biasanya bagaikan musang berhulu ayam,teman lelakinya hanya memanis mulut dengan kata-kata yang indah dengan ada tujuannya,remaja perempuan yang kurang matang akan lari dari rumah bersama dengan kekasihnya.Selain itu,remaja lebih suka meluahkan perasaannya kepada rakannya berbanding ibu bapa mereka.Hal ini kerana remaja-remaja berasa ibu bapa kurang memahami mereka. Apabila remaja meluahkan perasaan kepada rakan sebayanya,sesetengah rakan sebaya yang kurang matang dan rasional akan mendorong remaja-remaja lari dari rumah.Rakan sebayanya pula menjanjikan akan memberikan tempat tinggal kepadanya. Malahan rakan sebaya mengisi sebahagian besar kehidupan mereka. Dalam keadaan ini, mereka sanggup berbuat apa sahaja demi rakan mereka dan bertindak meninggalkan keluarga semata-mata memenuhi kehendak rakan-rakan.
c)      Kekurangan Didikan Agama
                Di samping itu,kekurangan didikan agama juga menjadi salah satu punca yang mengakibatkan remaja lari dari rumah.Didikan agama akan menyebabkan seseorang mengelakkan diri dengan perlakuan yang tidak baik.Hal ini kerana mereka percaya ada balasannya selepas melakukan perkara yang tidak baik. Didikan agama juga akan meningkatkan ilmu seseorang dan mematangkan fikirannya.Kebanyakan ibu bapa sibuk dengan kerjayanya dan menghadapi kesukaran untuk menghantar dan mengambil anak di sekolah agama.Mereka berasa cukup dengan hantar anak ke sekolah kebangsaan.Keadaan ini menyebabkan anak-anaknya tidak menerima didikan agama sejak kecil lagi.Lantaran itu,ibu bapa juga tidak menjadi teladan yang baik kepada anak.Contohnya,meminta anak bersolat dan berpuasa pada bulan Ramadan bagi anak-anak muslim.Anak-anak akan mengikut perbuatan ibu bapa sejak kecil lagi.Oleh itu,ibu bapa hendaklah menjadi teladan yang baik demi anak-          anak mereka.
d)      Pengaruh Unsur Barat
                 Remaja lari dari rumah juga dianggap akibat unsur barat yang dipaparkan menerusi media massa terutamanya media elektronik.Remaja-remaja mudah dipengaruhi dengan gaya barat.Malahan,gaya barat memenuhi dengan gaya hidup bebas yang penuh dengan keseronokan.Mereka suka mengejar peralihan zaman dengan budaya-budaya barat seperti pakaian-pakaian yang menonjol mata. Apabila ibu bapa mereka cuba menerapkan nilai-nilai murni, anak-anak menganggap ibu bapa cuba mengongkong kebebasan mereka.Mereka tidak suka ibu bapa campur tangan dalam kehidupan mereka.Keadaan ini menyebabkan remaja-remaja cuba lari dari rumah untuk mencari kebebasannya.
Penutup
                Kesimpulannya,remaja merupakan harapan bangsa dan negara.Keluarga berperanan penting dalam membentukkan keperibadian remaja sejak kecil lagi.Oleh itu,Ibu bapa sepatutnya menjadi teladan yang baik sebelum mereka mengajar anak-anak mereka.Jika kasih sayang dan perhatian yang mencukupi dapat diberi oleh ibu bapa,remaja-remaja tidak akan lari dari rumah kerana kasih sayang antara ibu bapa dengan anak terlalu erat.


No comments:

Post a Comment