Friday, October 1, 2010

KES RAGUT

Pendahuluan
Sejak kebelakangan ini, kes ragut di Negara kita semakin mendadak ke paras yang membimbangkan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM), sebanyak 3,837 kes ragut dicatatkan di seluruh Malaysia pada tahun lepas. Kes ragut persis didefinisikan atau jita ditakrifkan sebagai satu perbuatan yang dilakukan oleh segelintir individu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu barangan berharga dengan cara ‘cepat dan mudah’ daripada mangsa-mangsa ragut. Kebiasaannya, jenayah ragut dilakukan oleh para penganggur, penagih dadah, penyangak dan sebagainya untuk semata-mata mencari jalan penyelesaian untuk menyara hidup mereka.
Punca –Punca yang Mendorong Kes Ragut
a)      Sikap Individu Sendiri
Baru-baru ini, dalam satu persidangan media, Perdana Menteri kita telah mungulas bahawa sekiranya isu ini dipandang remeh oleh masyarakat Malaysia, kemungkinan besar fenomena negatif ini akan menjadi barah dalam kalangan masyarakat etnik Malaysia. Dengan ini, terdapat beberapa punca yang mendorong kes jenayah ragut ke tahap yang tinggi. Sikap segelintir  individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak berdisiplin mendorong jenayah ragut untuk berlaku umpama “Bagai cendawan tumbuh selepas hujan” dalam kalangan masyarakat negara kita. Sikap malas dan tamak yang diamalkan oleh segelintir individu ini menyebabkan mereka terjebak dalam jenayah ragut. Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti tidak mendapat pekerjaan mengikut tahap pendidikan, kos hidup yang tinggi dan sebagainya merupakan pendorong kepada individu-individu berkenaan terlibat dalam jenayah ini.
b)      Pengaruh Rakan Sebaya
Seterusnya, pengaruh rakan sebaya memainkan peranan penting dalam mendorong jenayah ragut dalam kalangan masyarakat kini. Segolongan individu yang menjalin hubungan persahabatan dengan secara tidak sedar dengan si peragut yang merupakan rakan sebaya. Segala nilai-nilai dan sikap yang diamalkan oleh ‘rakan’ ini  akan mempengaruhi minda golongan individu yang bersama-sama dengan mereka. Rentetan itu, jenayah ragut akan meningkat secara drastik dalam kalangan masyarakat kita. Secara langsung, perkara ini memberi impak yang teruk kepada masyarakat negara kita untuk keluar dari rumah, menyekat bergaul sesama kaum dan pelbagai sikap-sikap materialistik akan muncul dalam kalangan mereka sendiri. Dalam perkataan lain, konsep Satu Malaysia yang merupakan ilham Perdana Menteri kita, tidak akan tercapai dan akan menjadi kenyataan semata-mata.
Langkah – Langkah Mencegah Kes Ragut
a)      Penguatkuasaan Undang – Undang yang Lebih Ketat
Walau bagaimanapun, terdapat langkah-langkah pencegahan yang dapat dipraktikkan sesama kita dalam membendung jenayah ragut ini sehingga ke akar umbi. Dalam konteks ini, penguatkuasaan undang-undang merupakan elemen yang amat penting dalam membanteras jenayah ragut yang semakin meningkat ke tahap yang membimbangkan. Hukuman yang berat perlu dijatuhkan kepada si peragut. Hukuman sebat dan penjara harus digandakan kepada si peragut oleh pihak berkuasa. Secara jelas, perkara ini, akan mencetus ketakutan dalam diri si peragut-peragut yang sedang bermaharajalela di luas sana. Pada masa yang sama, pengoperasian dan penyamaran polis perlu ditingkatkan di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar. Aktiviti ini boleh menjadi sebagai titik pengakhiran ‘Zaman Kegemilangan’ si peragut sesama masyarakat. Bak kata pepatah, “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga”.
b)      Peranan Media Massa
Selain itu, media massa memainkan peranan penting dalam mengubah sikap si peragut. Program-program dan iklan-iklan yang bertemakan konsep ‘Anti-Ragut’ perlu dipaparkan secara kerap di dada-dada akhbar, kaca-kaca televisyen dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, jenayah ragut akan semakin luntur di Malaysia. Rentetan itu, para remaja yang sedang menuntut di institusi-institusi pendidikan di selurah negara perlu diwajibkan mengambil subjek Pendidikan Sivik dan Kenegaraan dan menghadiri Kursus Etika. Oleh itu, jenayah ragut akan menjadi sebuah perkara yang tidak dikenali oleh masyarakat negara kita. Kesinambungan itu, penyekatan filem-filem yang banyak berunsurkan kepada jenayah perlu dipergiatkan oleh pihak berkuasa di negara kita. Jadi, para pemuda di negara dapat hidup secara lebih berdisiplin dan berakhlak sejajar dengan sifar jenayah ragut.
c)      Peranan Ibu Bapa
Dalam kes jenayah ragut,  ibu bapa memainkan peranan mereka dalam memberikan didikan dan panduan kepada anak-anak. Perkara ini akan menghalang para remaja daripada terjebak dalam gejala yang tidak bermoral ini. Para ibu bapa perlu memberi tunjuk ajar yang sewajarnya kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi mengenai cara hidup, cara berpakaian dan sebagainya umpama peribahasa “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” . Tambahan pula, tunjuk ajar yang diberikan oleh para ibu bapa kepada anak-anak mereka secara langsung membentuk sikap dan tingkah laku mereka. Dengan ini, kita dapat membendung kes jenayah ragut yang semakin mendadak di negara kita..Sementelahan pula, para dewasa yang tergolong dari guru, mentor dan sebagainya perlu berganding bahu dalam memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada para remaja yang berada di luar rumah atau pengawasan ibu bapa. Oleh itu, didikan ibu bapa memang penting dalam isu ini yang merupakan penentu masa hadapan para remaja di negara kita.
Penutup
Sebagai menggulung hujah, kes jenayah ragut yang semakin serius ini akan mencetuskan pelbagai masalah dalam kalangan masyarakat kita. Jika kita tidak mengambil langkah-langkah yang efektif dan efisyen, jenayah ragut ini akan menjadi barah dalam masyarakat Malaysia. Sehubungan itu, masyarakat Malaysia tidak dapat hidup dalam keadaan aman, damai dan haramoni. Jadi, semua pihak perlu berganding bahu dalam membendung jenayah ragut di Malaysia.  Jikalau masalah ini tidak ditangani dengan keadaan yang segera pastilah impian Tun Dr. Mahathir Mohammad untuk mencapai Wawasan 2020 akan terjejas kerana “Rakyat Sejahtera, Negara Maju”

1 comment:

  1. What is the easiest way to deposit money to a casino
    You will 토토 커뮤니티 have all of the deposit 사설 토토 사이트 information available to the casino 토토365 site. There 바카라 게임 사이트 is not any real money in the casino, but you 승무패 can play slots or

    ReplyDelete