Friday, October 1, 2010

RASUAH



Pendahuluan
      Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhadap  kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan yang terlibat dalam amalan rasuah.Ini sebagai bukti kerana masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai punca kesan dan langkah yang efektif untuk menanganinya.
Punca –Punca yang Mendorong Kes Rasuah
a)      Masalah Ketelusan Sistem Pentadbiran Kerajaan
         Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem pentadbiran  kerajaan. Masyarakat menganggap masalah rasuah ini bermaharajalela.Ini adalah disebabkan kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini iaitu rasuah. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kaki tangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini. Masalah ini akan semakin berleluasa apabila tidak menpunyai satu ketelusan dalam sistem tadbiran awam negara kita.
b)      Gaji Rendah
        Masalah jenayah rasuah juga disebabkan gaji rendah sama ada kakitangan kerajaan atau swasta.Mereka mempunyai pendapatan yang rendah menyebabkan mereka terpaksa  menerima rasuah untuk menikmati kemewahan hidup yang tinggi. Mereka mungkin mendapat peluang untuk kenaikan pangkat tetapi tidak layak untuk menuntut gaji yang tinggi untuk menikmati kemewahan hidupnya.Sebagai contohnya,pendapatan yang diperolehi oleh mereka tidak cukup membayar sewa rumah,ansuran kereta,perbalanjaan keluarga dan sebagainya.Pekerja bawahan seperti kerani tidak mampu untuk menikmati kemewahan hidupnya dan cuba  mendapatkan kemewahan yang lebih tinggi melalui  menerima rasuah.Mereka menerima rasuah melalui pelbagai cara seperti meluluskan permohonan projek. 
c)      Undang –Undang yang Lemah
        Bukan sahaja masalah ini membawa penularan gejala sosial tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan undang-undang yang dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara tentang isu rasuah ini. Tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggapkan  ringan kepada pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman untuk menangani isu ini. Hukuman yang ringan seperti denda ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah.Ini adalah disebabkan mereka sedar mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang mereka dapati  itu setelah keluar dari penjara. Sesungguhnya, kelemahan dalam sistem kehakiman menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah di negara ini telah memberi satu pandangan salah tentang rasuah ini kepada masyarakat kita.
d)     Kurang Didikan Agama
       Selain daripada kelemahan dalam sistem undang-undang ,punca yang seterusnya adalah mereka kurang didikan agama.Sejak kecil lagi,mereka tidak diberikan pendidikan agama yang sempurna akan menyebabkan mereka mempunyai tahap ajaran agama yang rendah atau tidak memahami ajaran agama secara  langsung .Seterusnya mereka akan melakukan sesuatu yang melanggarkan undang-undang agama seperti menerima rasuah. Seseorang yang berpendapatan tinggi dan memegang jawatan tinggi tidak semestinya mempunyai ajaran agama yang sempurna .Ini dibuktikan dengan mereka melakukan kegiatan yang menentang dengan agama mereka iaitu rasuah sama ada memberi rasuah atau menerima rasuah.Sifat menginginkan kekayaan telah mengkaburkan mata mereka dan menyebabkan mereka lupakan agamanya.
Kesan – Kesan Kes Rasuah
a)      Mengancam Ketegaan Ekonomi Negara
    Rasuah berlaku juga akan bawa kesan kepada negara iaitu mengancam ketegaan ekonomi dan ketidakseimbangan agihan ekonomi.Rasuah merupakan kos tidak langsung kepada semua aktiviti ekonomi.Misalnya,sesuatu projek berharga RM100juta tetepi RM10 juta diberikan untuk mendapatkan tender projek menjadikan RM110 juta terhadap projek tersebut.oleh itu,kos projek akan meningkat.Setiap pemberian tender juga akan asing akan melabur di negara lain kerana mereka lebih suka melabur di Negara yang bersih dan cekap.secara langsung ini akan melumpuhkan ekonomi Negara. Ini juga akan mewujudkan monopoli ekonomi dalam kalangan orang-orang tertentu sahaja.
b)      Imej Negara Terjejas
     Seterusnya imej Negara juga akan terjejas disebabkan kegiatan rasuah kian meleluasi. Menurut Karis Kraus(sarjana Jerman) menyatakan “Rasuah lebih hina dan keji daripada pelacuran”.Beliau menyatakan seorang pelacur hanya mencemarkan maruah dirinya sahaja tetapi pengamal rasuah mencemarkan maruah keseluruhan Negara.Jadi,seseorang yang melakukan rasuah merupakan pengkhianatan kepada agama.Amalan ini juga akan menjejaskan imej jabatan-jabatan kerajaan.Orang ramai akan memandang rendah kepada kakitangan awan dan rakyat akan menilai jabatan kerajaan dalam perspektif yang negatif.
Langkah –Langkah Mengatasi Kes Rasuah
a)      Peranan Pihak Kerajaan
        Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat akan beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak dibawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak  percaya rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini.
b)      Kempen - Kempen
         Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar atau  internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini.
c)      Penerapan Konsep Keagamaan dan Moral
          Selain itu, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan.
Penutup
         Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya.

3 comments:

  1. trima ksih utk perkongsian ini..

    ReplyDelete
  2. trima ksih utk perkongsian ini..

    ReplyDelete
  3. Uselesslah , semua langkah langkah untuk menyelesaikan those fcking masalah rasuah dlm Msia

    ReplyDelete