Friday, October 1, 2010

ROGOL


Pendahuluan
               Wanita masa kini telah berubah jika berbanding dengan wanita zaman dahulu. Ini dapat dibuktikan dengan melihat pada perbezaan antara wanita zaman dahulu dengan zaman sekarang. Sebagai contoh, wanita sekarang memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan Negara sama ada dalam sektor ekonomi atau politik dan juga pembangunan keluarga. Manakala, wanita pada zaman dahulu biasanya dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab dengan segala hal yang berkaitan dengan keluarga dan dikenali sebagai suri rumah tangga. Hal ini berlaku kerana pemikiran kolot orang zaman dahulu bahawa kebolehan dan kemampuan wanita tidak dapat bertanding dengan warga lelaki. Sepatutnya, kepentingan wanita tidak boleh disyaki dan diabaikan pada zaman era-globalisasi ini sama ada dalam apa-apa sektor yang berkaitan. Kesetaraan gender telah diwujudkan dalam masyarakat ini dengan usaha semua pihak dan menjadikan jarak antara lelaki dan wanita telah dirapatkan. Walaubagaimanapun, keselamatan wanita masih terancam apabila kes rogol semakin meningkat dari masa ke masa. Mangsa-mangsa kes rogol meliputi semua peringkat umur wanita. Oleh itu, keselamatan wanita terjejas dan kemungkinan besar juga akan menjejaskan nama negara.
Faktor –Faktor Menyebabkan Kes Rogol
a)      Pengaruh Media Massa
             Pengaruh media massa merupakan salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan kes rogol. Pada masa kini, Media massa memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan masyarakat. Berita positif yang dipaparkan oleh media massa akan menambahkan pengetahuan para pembaca. Namun, terdapat juga berita yang negatif dan tidak beretika akan mempengaruhi minda dan  pemikiran khalayak pembaca. Kita dapat melihatkan contoh melalui berita seksual yang  dipamarkan oleh pihak media massa. Kandungan berita ini tedapat unsur-unsur lucah yang mungkin akan mempengaruhi tingkat laku dan minda golongan pembaca terutama remaja. Sebab itulah, remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru akan melakukan kesalahan-kesalahan  iaitu merogol atau mencabuli warga wanita untuk memenuhi nafsu mereka. Kelakuan remaja tersebut telah mencemarkan maruah dan kesucian wanita. Media massa yang ingin mengaut keuntungan dengan memaparkan bahan bacaan atau berita yang mengandungi unsut-unsur negatif patutlah memikirkan kesan yang berlaku sebelum memaparkan berita begini.
b)      Kurang Didikan Agama dan Moral
             Selain itu, kurang pendidikan moral dan sivik juga salah satu faktornya. Pendidikan moral dan sivik sepatutnya diajar sejak kecil. Malangnya, pelajar sekarang belajar pendidikan moral dan sivik dengan baik kerana ia adalah salah satu mata pelajaran dalam sukatan pelajaran mereka. Mereka membaca atau belajar pendidikan moral dan sivik kerana ia telah diwajibkan. Oleh itu, mereka tidak memahami maksud dan kepentingannya dalam pendidikan moral dan sivik. Walaupun mereka mendapat keputusan yang cemerlang bagi pendidikan moral dan sivik tetapi pemahaman mereka terhadap subjek itu adalah rendah. Dengan itu, mereka melakukan kesalahan-kesalahan yang telah melanggar nilai moral. Contohnya, kelakuan mereka telah melanggar nilai melindungi hak wanita yang telah dimasukkan dalam pendidikan moral dan sivik. I dapat dibuktikan dengan melihat pada kes rogol yang berlaku. Ia telah mengancam hak wanita. Oleh sebab kurangnya pendidikan moral dan sivik yang tepat, mereka melakukan kesalahan-kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.
Kesan Kes Rogol
a)      Kemerosotan Ekonomi
          Kesannya, kes-kes rogol yang semakin meningkat telah menyebabkan kewujudan kemerosotan ekonomi. Kes rogol yang bertambah menunjukkan suasana Negara yang tidak tenteram dan keselamatan wanita tidak dapat dijamin. Dengan itu, nama Negara akan menjadi semakin teruk dan ia akan mendatangkan pelbagai masalah terhadap Negara. Contohnya, ekonomi Negara merosot semasa sektor pelancongan Negara merosot oleh sebab suasana Negara yang tidak tenteram. Pelancong tidak akan melancong ke Negara kita kerana keselamatan mereka tidak terjamin terutamanya pelancong wanita.  Persoalannya ialah kenapa berlakunya pembuangan bayi? Kemungkinan yang besar ialah disebabkan kes-kes rogol yang menyebabkan mangsa-mangsa tersebut tidak dapat mengakui bayi mereka kerana bayi tersebut merupakan satu tanda yang akan membangkitkan pengalaman pahit yang telah berlaku atas mereka. Oleh itu, masalah sosial seperti pembuangan bayi juga meningkat dan seterusnya menjejaskan nama Negara. Dengan itu, sektor pelancongan Negara juga akan merosot oleh sebab masalah sosial yang semakin meningkat.
Langkah – Langkah Mengatasi Kes Rogol
a)      Peranan Pihak Kerajaan dalam Menguatkuasakan Undang-undang
            Untuk menangani masalah ini, pihak kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang. Kes rogol yang menunjukkan peningkatan telah membuktikan bahawa perogol-perogol telah mengabaikan kuasa undang-undang. Jadi, undang-undang yang sedia ada harus dikuatkuasakan supaya perogol-perogol mematuhi undang-undang tersebut dan tidak melakukan kesalahan yang sama semula. Sebagai contoh, hukuman penjara perlulah ditukar kepada hukuman mati atau menjadikan perogol tersebut sebagai sida. Hukuman berat ini patut dijatuhkan kepada perogol yang mengulangi kesalahan yang sama bukannya perogol yang melakukan kesalahan pada kali pertama. Kempen kesedaran dan kaunseling mestilah diadakan bagi kedua-dua golongan iaitu golongan perogol dan mangsa supaya perogol-perogol  bersedar dan mengakui kesalahan yang telah mereka lakukan dan bagi mangsa-mangsa pula tidak merendahkan diri ataupun membunuh diri.
Penutup
              Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk menangani masalah ini. Kes rogol berlaku kerana pengaruh media massa dan kurangnya pendidikan moral dan sivik, jadi pihak kerajaan mestilah bekerjasama dengan pihak yang berkaitan seperti mengehadkan tahap pendedahan lucah terhadap pihak media massa. Bagi pihak pendidikan pula, mereka haruslah memberikan pengajaran yang mendalam tentang pendidikan moral dan sivik supaya pelajar tidak akan melakukan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan. Dengan itu, keselamatan wanita dapat dijamin dan nama negara tidak akan menjadi buruk.

No comments:

Post a Comment