Monday, October 4, 2010

MASALAH SOSIAL???


Banyak yang telah kita dengar tentang masalah sosial. Berbagai masalah sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan mereka yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Secara umumnya masalah sosial merangkumi pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita. Antara masalah sosial yang terlibat seperti kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan bayi, penderaan, gangsterisme, vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.

No comments:

Post a Comment