Friday, October 1, 2010

PONTENG SEKOLAH



Pendahuluan
           Dalam alaf globalisasi ini,terdapat banyak masalah sosial yang sering menghiaskan lembaran akhbar.Adakah penyakit sosial ini sentiasa manjadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan?Gejala sosial ditakrifkan sebagai  perlakuan yang negatif dilakukan dan tidak mendapatkan sokongan daripada masyarakat serta tidak membawa keuntungan ke pada negara.Terdapat banyak gejala sosial yang sering kita mendengar iaitu seks bebas atau jenayah seksual,ponteng sekolah,penyalahguna dadah,kes pembuangan bayi dan lain-lain lagi.
            Gelaja sosial yang saya ingin kongsikan ialah masalah ponteng.Masalah ponteng juga dikenali sebagai masalah disiplin.Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru dalam kalangan pelajar sekolah di negara kita.Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas yang tidak mendapat kebenaran serta ketidakhadiran tanpa sebab yang munasabah atau di luar pengetahuan ibu bapa.Ponteng sekolah sering berkait dengan pelajar yang tidak berdisiplin dan bermoral rendah.Ia merupakan satu isu yang telah lama wujud dalam kalangan pelajar.Faktor-faktor berlakunya masalah ponteng ialah ibu bapa,pengaruh rakan sebaya dan sekolah.
Faktor –Faktor Menyebabkan Masalah Ponteng Sekolah
a)      Faktor Ibu bapa
             Faktor ibu bapa sering berkait dengan masalah sosial remaja,kenapa berlakunya demikian?Ibu bapa yang kurang memain peranan dalam kekeluargaan akan menyebabkan remaja tersebut terjerumus dalam masalah sosial dengan mudah.Sering kali kita mendengar ibu bapa mempengaruhi kejayaan dalam remaja terutama dalam pelajaran pelajar.Hal ini kerana ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan, galakan dan dorongan ,akan menyebabkan pelajar tersebut menimbul keyakinan diri,semangat dan minat dalam pelajarannya mahupun kehidupannya.Ibu bapa merupakan ‘role model’ kepada anak-anaknya.Oleh itu,ibu bapa perlu menunjukan pola-pola tinkah laku yang positif kepada anak-anaknya.Sesetengah ibu bapa memberi hak untuk anaknya supaya tidak perlu hadir ke sekolah pada hari sabtu, ini menunjukan kelas hari sabtu telah dihalalkan oleh ibu bapa tersebut.Lama- kelamaan,pelajar tersebut akan memberi banyak alasan kepada ibu bapanya supaya tidak perlu menghadiri ke sekolah pada hari sabtu ataupun hari sekolah yang biasa.Pelajar yang mempunyai masalah kekeluargaan seperti dari keluarga yang berpecah-bela,ibu bapa tersebut telah bercerai akan menyebabkan pelajar tersebut mudah terjerumus dalam gejala sosial.Pelajar yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah melibatkan diri dalam masalah sosial supaya boleh mendapat perhatian daripada orang yang berkenaan.
b)      Pengaruh Rakan Sebaya
                Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan masalah ponteng.Rakan sebaya sangat penting kepada remaja, dalam umur 13 hingga 17 ibu bapa pelajar perlu memberi perhatian yang mencukupi kepada anaknya supaya tidak melibatkan diri dalam masalah sosial seperti masalah ponteng dalam sekolah.Contoh,ibu bapa mesti tahu perangai, personaliti kawan anaknya supaya mengetahui siapakah orang yang sentiasa bersama dengan anaknya.Ibu bapa boleh mengunakan kaedah dengan megingatkan nombor telefon bimbit kawan-kawan anaknya.Kadang-kala,bukan anak mereka ingin ponteng sekolah ini mungkin disebabkan oleh rakan sebayanya sentiasa menggunakan teknik untuk menyebabkan anak mereka berasa jika dia tidak mengikut perbuatan rakan sebayanya dia akan diketepikan dan rakannya tidak akan maenghiraunya lagi.Oleh yang demikian, ibu bapa mesti menelitikan rakan-rakan anaknya sebelum mengizinkan anaknya berkawan dengan rakan-rakan dengan selamat.
c)      Faktor Sekolah
                  Faktor yang seterusnya yang akan menyebabkan gejala ponteng ialah faktor sekolah.Sekolah merupakan tempat yang menuntut ilmu dan pengetahuan ia merupakan rumah yang kedua kepada para pelajar, hal ini kerana pelajar menghabiskan kebanyakan masa dalam sekolah.Kepimpinan pengetua dalam sekolah amat penting ini akan mempengaruhi struktur pentadbiran sekolah.Contoh,jika seorang pengetua yang kurang pengalaman dalam mentadbir sekolah ini akan menyebabkan struktur perjalanan sekolah tidak lancar.Pedekatan guru juga sangat penting dalam sekolah.Kualiti seorang guru akan menyebabkan ilmu yang dapat dipelajari oleh seorang pelajar.Jika seorang guru yang tidak mempunyai pengalaman dalam mengajar dia akan mempengaruhi keputusan pelajar dalam kelas itu.Apabila terdapat banyak guru yang kurang berpengalaman ,pelajar akan berasa bosan dan tidak memahami apa yang diajar oleh cikgunya lalu pelajar itu akan ponteng sekolah.Pegetua atau guru besar perlu memastikan dapat menyediakan program-program yang menarik supaya dapat memastikan kehadiran pelajar penuh.
Penutup
               Masalah ini perlu dinangani dengan segera supaya ia tidak menular lagi.Terdapat banyak cara untuk menangani masalah ini antaranya ialah kerajaan dan sekolah.Kerajaan boleh menetapkan tarikh  peperiksaan UPSR dan PMR  dua minggu sebelum cuti akhir tahun untuk mengelakkan pelajar ponteng sekolah.Sekolah pula boleh menyediakan program yang lebih menarik supaya dapat menimbulkan minat pelajar untuk menghadiri ke sekolah dengan gembira.Selain itu,sekolah perlu menetapkan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghukumkan pelajar yang sentiasa tidak hadir ke sekolah.
              Masalah ini dapat ditangani dengan mendapat komitmen-komitmen daripada pelbagai pihak seperti masyarakat,kerajaan.sekolah dan ibu bapa pelajar tersebut.

No comments:

Post a Comment