Monday, October 4, 2010

MASALAH SOSIAL???


Banyak yang telah kita dengar tentang masalah sosial. Berbagai masalah sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan mereka yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Secara umumnya masalah sosial merangkumi pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita. Antara masalah sosial yang terlibat seperti kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan bayi, penderaan, gangsterisme, vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.

Friday, October 1, 2010

VANDALISME DALAM KALANGAN REMAJA

Pendahuluan

Vandalisme boleh didefinisikan sebagai perilaku membinasakan  harta benda awam atau orang lain.Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah iaitu 'vandal' yang telah membinasakan kota Rome pada kurun ke-5.Vandalisme seringkali dirujuk kepada perbuatan merosakkan harta benda awam seperti kerusi, telefon dan tandas awam. Kelakuan ini biasanya dilakukan oleh remaja yang terlibat dalam budaya lepak dan dianggap sebagai sebagai satu cara untuk melepaskan geram atau kebosanan semata-mata.Walaupun motif mereka amat ringan tetepi masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian besar atas perilaku musnah mereka.

Faktor-faktor berlakunya vandalisme
a) Pengaruh rakan sebaya
Terdapat berbagai faktor yang mampu mendorong kepada permasalahan ini dan pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang terbesar. Seperti yang diketahui umum,rakan sebaya mempu mencorakkan nilai-nilai sama ada positif atau negatif dalam diri remaja. Remaja yang gagal memilih rakan yang baik akan terikut dengan perilaku negatif rakan mereka dan salah satu daripada perilaku tersebut adalah kegiatan vandalisme. Secara kebiasaannya,remaja yang melakukan kegiatan vandalisme merupakan golongan remaja dalam kumpulan.Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul maka timbullah pelbagai idea negatif termasuklah menconteng dan merosakkan harta benda awam.

b) Pengaruh ibu bapa
Selain itu, ibu bapa juga berperanan dalam menanamkan nilai negatif kepada anak-anak meraka.Tanpa kita sedari,ibu bapa mampu mendorong kepada sifat vandalisme dalam kalanganremaja melalui tindakan mereka sewaktu bersama anak-anak mereka.Sebagai ntoh, tindakan ibubapa membuang sampah di merata-rata  tempat tanpa mempedulikan keadaan sekeliling mengajar anak-anak mencontohi tindakan mereka. Menurut kajian,kebanyakan remaja yang terlibat dengangejala vandalisme lahir dalam keluarga yang bermasalah.Ibu bapa yang terlibat dengan masalahpenceraian misalnya membuatkan anak mereka berasa tertekan.Tekanan yang dialami membuatkanremaja mencari medium untuk melepaskan kemarahan dan salah satu cara untuk melepaskantekanan tersebut adalah melalui tingkah laku fizikal iaitu vandalisme.

c) Pengaruh media massa
Pengaruh media massa turut mendorong kepada masalah tingkah laku musnahini. Pengaruh yang merujuk kepada paparan adegan negatif yang dipaparkan di dalam unsur mediamassa khususnya televisyen. Adegan-adegan ganas dan ekstrem khususnya yang diunjurkan dariBarat seringkali merosakkan minda remaja.Tidak kurang daripada itu"filem-filem daripada tempatan turut berani memaparkan adegan negatif yang mencorak ke arah kegiatan vandalisme untuk tontonan masyarakat.Remaja yang masih tidak mampu untuk membezakan perkara yang baik dan buruk sudah pasti mudah terikut dangan adegan yang dipaparkan seterusnya mempraktikkan perkara tersebut di dalam kehidupannya.Hasil daripada keadaan tersebut menyebabkan berlakunya peningkatan kegiatan vandalisme dalam kalangan remaja.

d) Sikap tidak peduli masyarakat
Sikap tidak peduli masyarakat turut mnyebabkan masalah vandalisme semakin
meningkat.Masyarakat secara umunmya memainkan peranan penting dalam sesebuah
komuniti.Setiap individu dalam sesebuah masyarakat mempunyai peranan penting dalam
membentuk komuniti yang sihat.Malangnya perkara yang berlaku dewasa ini amat
mendukacitakan. Sikap masyarakat yang hanya mementingkan material semata-mata
menyebabkan perkara yang berlaku di sekeliling sudah tidak diambil peduli. Kerosakan harta
benda awam yang berlaku di persekitaran mereka sudah tidak lagi menjadi masalah mereka danini menyebabkan remaja yang melakukan kegiatan vandalisme merasakan bahawa diri merekabebas untuk melakukan perkara tersebut.

Langkah-langkah untuk menangani masalah vandalisme
a) Cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah vandalisme. Usaha yang paling utama dan efisien adalah cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal mendidik anakagar tidak terjerumus dalan penderaan sosial seperti gejala vandalisme ini. "Melentur buluh biarlahdari rebungnya" merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalammengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yangberkaitan hal agama sejak kecil supaya anak-anak menyedari perkara tersebut sama ada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur, barulah ibu bapa kelam kabut untukmengambil tindakan yang sememangnya amat susah diterima oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Seterusnya ibu bapa pula tidak bersikap lepas tangan dalammendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungiawab kepadapembantu rumah. Jadi ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anaksupaya mereka menganggap ibu bapa sering menjadi tempat berlindung dan tempat mengadu masalah.

b) Penguatkuasaan undang-undang
Langkah penguatkuasaan undang-undang turut memainkan peranan penting.Dendamaksimum harus dikenakan kepada pelaku yang merosakkan harta benda awam.Tindakan ini wajar dilakukan kepada pesalah bagi memberi pengajaran kepada rakan-rakan mereka yanglain.Pelaksanaan hukuman seperti kerja-keja khidmat masyarakat juga boleh dilakukan.Melalui kegiatan inipesalah akan dikerah untuk menjalankan kerja sosial seperti mengutip sampah danmembersihkan kawasan-kawasan yang kotor.Ini secara tidak langsung mendidik pesalah dalammenjaga kepentingan awam dengan baik.

c) Kempen-kempen pencegahan jenayah
Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh diadakan di setiap institusi pendidikan. Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan marnpu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para remaja terutanya peringkat sekolah rendah.Hal ini demikian kerana pelajar pada tahun ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah seperti vandalisme. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kempen kesedaran yang diadakan di sekolah .Antara kempen pencegahan jenayahyang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Oleh itu kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran  remaja yang sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.Melalui langkah ini, kegiatan vandalisme dapat dikuarangkan.

Penutup
Kesimpulannya, perbuatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme kian hari menular di negara kita.Banyak perkara yang mampu dilakukan untuk membanteras masalah ini.Pendidikan merupakan tunjang utama dalam menangani permasalahan ini.Pendidikan  di semua peringkat diharap mampu menambahkan kesedaran tentang kecintaan kepada harta benda awam selain beberapa langkah lain yaag boleh digerakkan. Semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani permasalahan ini agar gejala vandlisme ini tidak terus menular dalam organisasi remajai itu sendiri seterusnya melahirkan remaja yang mempunyai nilai dan etika yang baik dalam kehidupan.

GANGSTERISME


APA ITU GANGSTERISME???


Samseng atau gangster merupakan seorang penjenayah yang bergerak dalam suatu kumpulan, kelompok atau geng. Samseng biasanya terbabit dalam pelbagai jenis jenayah terancang dari jenayah ringan seperti peras ugut sehinggalah ke jenayah bersenjata yang melibatkan jutaan ringgit. Gangsterisme pula adalah jenis salah laku yang sudah lama wujud di kalangan pelajar dan masih berterusan hingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila didapati semakin ramai pelajar perempuan dan murid sekolah rendah dikesan terlibat dengan gejala samseng yang dikenali sebagai gangsterisme.Gejala samseng atau gengsterime di sekolah menengah di seluruh negara juga semakin membimbangkan. Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata merbahaya. Berita Harian, 12 Julai 2001 lalu melaporkan dalam tempoh 10 tahun
antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja perempuan. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama polis telah mengenalpasti pelajar di 456 sekolah menengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukan sedikit dan menunjukkan gejala ini berada pada tahap yang membimbangkan .



KENAPA TERJADINYA GANGSTERISME???


a)      MASALAH KELUARGA :
Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi bekalan kehidupan dewasa kelak sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamik. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Krisis keluarga seperti penceraian dan pertengkaran ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja kehilangan arah panduan hidup mereka. Maka, lahirlah personalitiremaja yang tidak sihat dan lemah pencapaian akademiknya dan seterusnya menyumbang kepada pelbagai masalah sosial yang negatif.

b)      RAKAN SEBAYA :
Rakan sebaya banyak mempengaruhi remaja terutamanya kepada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga. Rakan-rakan dapat mencorak personaliti individu tertentu. Justeru itu, ibu bapa patut tahu siapa rakan-rakan anak mereka, apa aktiviti mereka, di mana mereka berjumpa dan lain-lain persoalan lagi. Rakan sebaya memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya. Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya kumpulan rakan sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, maka remaja ini terpengaruh hendak menjalankan aktiviti yang sihat. Tetapi sekiranya kumpulan rakan sebaya yang dipilih cenderung berbuat jahat, maka remaja ini akan cenderung melakukan aktiviti-aktiviti yang negatif. Ini kerana remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya.

c)      MEDIA MASSA :
Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan pemikiran mereka. Di tambah pula dengan perkembangan teknologi pada zaman sekarang ini yang semakin canggih, bahan-bahan tontonan yang negatif mudah didapati daripada internet. Paparan adegan-adegan negatif yang berunsur ganas, lucah dan seram sedikit sebanyak telah mempengaruhi golongan remaja kita. Cerita-cerita di televisyen yang berunsurkan keganasan, seks, dan tahyul juga akan membawa kesan negatif kepada golongan remaja. Sebagai contoh masyarakat kita terutamanya golongan remaja akan terpengaruh dengan filem-filem bermutu rendah yang ditayangkan di stesen-stesen televisyen dan menjadi pemangkin kepada lahirnya budaya gangsterisme(samseng), dan sebagainya. Tidak hairanlah jika kes-kes juvana di negara kita meningkat tahun demi tahun. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka tanpa memikirkan kesan atas tindakan mereka itu apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya.

d)     PERSEKITARAN :
Tempat tinggal yang tidak selesa dengan ahli keluarga yang ramai di rumah yang kecil dan sempit serta pendapatan harian atau bulanan yang kecil boleh menyebabkan remaja ini lebih seronok meluangkan masa di luar rumah. Ini jelas di kawasan perumahan setinggan, rumah pangsa dan flat kos rendah. Ada pula dilabel sebagai ahli sesebuah geng kerana kawasan tempat tinggal mereka yang dianggap aktif dengan jenayah kumpulan gangsterisme. Ada pula yang sengaja menggunakan gelaran kawasan mereka untuk menimbulkan rasa takut di kalangan remaja di sekolah mereka. Ada ketua geng yang memberi kekuatan kepada remaja di kawasan tersebut untuk bergaduh kerana memastikan sokongan mereka serta menterjemahkan kuasa ke dalam bentuk tindakan gangsterisme. 

e)      DIDIKAN AGAMA :
Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan aktiviti gensterisme. Secara umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri individu, maka secara langsung ia boleh menghindar remaja tersebut dari terperangkap di dalam kegiatan gengsterisme. Keluarga yang kurang pendidikan ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak terikat dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik lantas terbabas ke dalam kumpulan bergeng ini. 



BAGAIMANA CARA UNTUK MENGATASINYA???



a)      TINDAKAN BUANG SEKOLAH :
Tindakan seperti buang sekolah boleh dilakukan bagi mengatasi masalah gangsterisme ini. Tindakan disiplin yang ketat dan berterusan perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah agar menjadi pengajaran kepada pelajar terbabit dan pelajar-pelajar lain. Ini dapat mengurangkan penularan pengaruh pelajar yang bermasalah kepada pelajar-pelajar lain.


b)      PROGRAM KAUNSELING/BIMBINGAN DAN PEMULIHAN AKHLAK :
Pihak sekolah perlu menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk memantau kegiatan pelajar-pelajar yang terlibat dengan gangsterisme ini. Program bersepadu antara Unit Bimbingan Kaunseling dengan Badan Disiplin sekolah boleh bersatu dan bekerjasama untuk membendung pelajar-pelajar daripada terlibat dengan masalah gangsterisme. Badan disiplin yang ditubuhkan perlu diberi kuasa untuk merotan pelajar terbabit di hadapan semua pelajar supaya dapat memberi pengajaran kepada pelajar yang lain. Permuafakatan antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat juga penting bagi menghapuskan masalah gangsterisme ini.


c)      BIMBINGAN AGAMA DAN KAWALAN IBU BAPA :
Ibu bapa berperanan mendidik pelajar dengan cara berhemah. Ibu bapa perlu sentiasa memberi perhatian kepada anak-anak mereka supaya dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu mengawal pergerakan anak-anak mereka agar tidak terlibat dengan masalah yang tidak sihat seperti gangsterisme. Asuhan dan didikan agama juga penting untuk menghindari perlakuan yang tidak berakhlak pelajar-pelajar dan remaja zaman sekarang ini.


d)     PERANAN KERAJAAN :
Kerajaan memain peranan penting menangani masalah gengsterisme ini. Tindakan keras perlu diambil supaya aktivitinya dapat dibendung. Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan dengan secara perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem berunsur ganas dan jenayah. Undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan akan mampu menyedarkan pelajar bahaya pembabitan di dalam aktiviti gengsterisme. Kesepaduan kementerian-kementerian termasuklah Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh mengubah persepsi ke atas pelajar yang sering dilayan secara negatif kebelakangan ini akibat tindakan atau kelakuan segelintir pelajar berisiko. 

REMAJA LARI DARI RUMAH



Pendahuluan
            Kebelakangan ini,kes remaja lari dari rumah telah menjadi isu-isu hangat yang diperkatakan.Keadaan ini sering dapat nampak di surat khabar dan melalui media massa.Pelbagai pihak sering  memberi pandangan dan kritikan mereka dalam kes-kes yang telah berlaku ini.
Punca- Punca yang Menyebabkan Kes Remaja Lari dari Rumah
a)      Kekurangan Kasih Sayang daripada Ibu Bapa
           Punca yang paling ketara ialah kekurangan prihatin dan kasih sayang daripada ibu bapa.Ibu bapa sering sibuk dengan mengejar kejayaan dan kemewahan di tempat kerja untuk memberikan anak kehidupan mewah. Mereka sering keluar dari rumah dengan awal dan balik rumah dengan lewat malam.Hal ini menyebabkan ibu bapa telah mengabaikan anak-anak mereka dalam pelajaran,keagamaan dan nilai-nilai moral.Remaja-remaja mula terasa kurang perhatian daripada ibu bapa,mereka mulai mencari prihatin daripada rakan sebayanya.Ada sesetengah pelajar mula ponteng sekolah dengan tujuan melepak bersama rakan sebaya di kompleks beli-belah atau cyber kafe  akibat daripada mereka berasa tidak selesa tinggal di rumah kerana ibu bapa mereka hanya mementingkan kejayaan.Biasanya, remaja-remaja sekarang lebih mementingkan kebebasan.Mereka lebih suka melepak di luar berbanding duduk di rumah dan hanya pulang ke rumah untuk makan dan tidur.Ada sesetengah remaja lari dari rumah akibat daripada sikap ibu bapa.Sesetengah ibu bapa akan melepaskan geram dengan memukul anak selepas membawa tekanan dari tempat kerja.Oleh itu,hal ini menyebabkan remaja-remaja akan lari dari rumah berbanding lebih teruk menjadi mangsa dera di rumah.
b)      Pengaruh Rakan Sebaya
             Pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca yang menyebabkan remaja lari dari rumah.Keadaan ini sering wujud di surat khabar.Remaja-remaja kini sering kenal kawan melalui internet.Contohnya,melalui Facebook,Friendster,Msn,dan sebagainya.Melalui internet,mereka akan kenal kawan dari berlainan tempat dan latar belakang.Mereka berkawan dengan keadaan tidak tahu latar belakang kawan tersebut.Mereka akan lari dari rumah dengan keluar mengikut orang yang dikenal melalui internet dengan tidak tahu dengan latar belakangnya.Terutamanya remaja-remaja yang mementingkan kekasihnya.Biasanya,remaja yang fikiran kurang matang akan dipengaruhi oleh teman lelakinya. Teman lelaki mereka mempunyai kedudukan yang baik dari segi fizikal seperti bergaya dengan pakaian berjenama dan berketerampilan menarik.Teman lelakinya sering memberi hadiah yang mahal dan memberikannya menikmati kemewahan seperti membawa kereta mewah. Remaja perempuan tidak tahu hati budinya, biasanya bagaikan musang berhulu ayam,teman lelakinya hanya memanis mulut dengan kata-kata yang indah dengan ada tujuannya,remaja perempuan yang kurang matang akan lari dari rumah bersama dengan kekasihnya.Selain itu,remaja lebih suka meluahkan perasaannya kepada rakannya berbanding ibu bapa mereka.Hal ini kerana remaja-remaja berasa ibu bapa kurang memahami mereka. Apabila remaja meluahkan perasaan kepada rakan sebayanya,sesetengah rakan sebaya yang kurang matang dan rasional akan mendorong remaja-remaja lari dari rumah.Rakan sebayanya pula menjanjikan akan memberikan tempat tinggal kepadanya. Malahan rakan sebaya mengisi sebahagian besar kehidupan mereka. Dalam keadaan ini, mereka sanggup berbuat apa sahaja demi rakan mereka dan bertindak meninggalkan keluarga semata-mata memenuhi kehendak rakan-rakan.
c)      Kekurangan Didikan Agama
                Di samping itu,kekurangan didikan agama juga menjadi salah satu punca yang mengakibatkan remaja lari dari rumah.Didikan agama akan menyebabkan seseorang mengelakkan diri dengan perlakuan yang tidak baik.Hal ini kerana mereka percaya ada balasannya selepas melakukan perkara yang tidak baik. Didikan agama juga akan meningkatkan ilmu seseorang dan mematangkan fikirannya.Kebanyakan ibu bapa sibuk dengan kerjayanya dan menghadapi kesukaran untuk menghantar dan mengambil anak di sekolah agama.Mereka berasa cukup dengan hantar anak ke sekolah kebangsaan.Keadaan ini menyebabkan anak-anaknya tidak menerima didikan agama sejak kecil lagi.Lantaran itu,ibu bapa juga tidak menjadi teladan yang baik kepada anak.Contohnya,meminta anak bersolat dan berpuasa pada bulan Ramadan bagi anak-anak muslim.Anak-anak akan mengikut perbuatan ibu bapa sejak kecil lagi.Oleh itu,ibu bapa hendaklah menjadi teladan yang baik demi anak-          anak mereka.
d)      Pengaruh Unsur Barat
                 Remaja lari dari rumah juga dianggap akibat unsur barat yang dipaparkan menerusi media massa terutamanya media elektronik.Remaja-remaja mudah dipengaruhi dengan gaya barat.Malahan,gaya barat memenuhi dengan gaya hidup bebas yang penuh dengan keseronokan.Mereka suka mengejar peralihan zaman dengan budaya-budaya barat seperti pakaian-pakaian yang menonjol mata. Apabila ibu bapa mereka cuba menerapkan nilai-nilai murni, anak-anak menganggap ibu bapa cuba mengongkong kebebasan mereka.Mereka tidak suka ibu bapa campur tangan dalam kehidupan mereka.Keadaan ini menyebabkan remaja-remaja cuba lari dari rumah untuk mencari kebebasannya.
Penutup
                Kesimpulannya,remaja merupakan harapan bangsa dan negara.Keluarga berperanan penting dalam membentukkan keperibadian remaja sejak kecil lagi.Oleh itu,Ibu bapa sepatutnya menjadi teladan yang baik sebelum mereka mengajar anak-anak mereka.Jika kasih sayang dan perhatian yang mencukupi dapat diberi oleh ibu bapa,remaja-remaja tidak akan lari dari rumah kerana kasih sayang antara ibu bapa dengan anak terlalu erat.


PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA



Pendahuluan
                 Baru – baru ini, sering meniti dari bibir ke bibir tentang isu pembuangan bayi dalam kalangan remaja.Gejala tersebut telah menjadi berita hangat dalam negara Malaysia.Saban hari, kita dapat memperoleh berita tentang bayi dijumpai di dalam tandas awam,di tepi longkang,dan lain –lain tempat lagi tanpa ada perasaan perikemanusiaan dalam kalangan remaja.Tindakan remaja yang membuang bayi adalah untuk menyembunyikan perbuatan dusta. Hal ini diakibatkan oleh mereka tidak mahu diejek dan dicaci oleh masyarakat tempatan yang penuh suci.Tindakan mereka yang belum kahwin telah menjalankan hubungan seks dengan teman –teman telah melanggar undang – undang negara dan Allah.Jadi,apakah faktor yang menyebabkan kemelut pembuangan bayi dalam kalangan remaja?
Faktor –Faktor Menyebabkan Pembuangan Bayi:
a)      Pergaulan Bebas dalam Kalangan Remaja
                  Faktor perdana yang mencetuskan isu tersebut adalah disebabkan oleh pergaulan bebas dalam kalangan remaja.Pergaulan yang tidak dikawal dalam kalangan remaja antara lelaki dengan perempuan maka menyebabkan mereka melakukan perzinaan dengan sesuka hati.Lebih – lebih lagi, remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sisa – sisa dianggap sebagai sampah masyarakat.Oleh itu, remaja cendorong kepada pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan.Maka hubungan seks telah berlaku.Lambat laun , remaja telah menganggap tindakan tersebut hanya untuk membebasan nafsu mereka.Jadi,masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja semakin hari semakin meningkat dalam jangka masa yang singkat.Sesungguhnya,tindakan yang agresif dan proaktif perlu dilakasanakan bagi membendung masalah itu supaya tiada bayi –bayi menjadi mangsa lagi.
b)      Kurang Didikan Agama dan Moral
                 Seterusnya,kurang didikan agama dan moral dalam kalangan remaja juga mengakibatkan senario ini.Remaja yang kurang didikan agama akan menyebabkan mereka tiada perasaan tentang sikap bertanggunjawab dan akhirnya sangguo mengorbankan anak –anak yang baru dilahirkan di dunia ini.Kita perlu tahu didkan agama dalam sahsiah remaja amat penting kerana dapat mengawal sebarang tingkah laku mereka.Dengan adanya asuhan dan didikan agama maka remaja akan bertindak secara rasional sebelum melakuan sesuatu.Mereka akan berfikir sama perbuatan itu adalah baik atau tidak.Jika mereka bertindak tanpa rasional maka ribuan masalah akan timbul.Tindakan remaja yang membuang bayi dengan sesuka hati bukan sahaja menyusahkan kerajaan tetapi mengorbankan satu nyawa.Oleh itu, semua pihak perlulah mengambil berat tentang isu ini supaya negara kita tidak dianggap sebagai masyarakat pada Zaman Jahiliah.
c)      Sikap Masyarakat
                   Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah sosial ini berlaku.Apabila seorang remaja perempuan yang melahirkan anak luar nikah,sudah pastinya masyarakat tempat menghina dan memandang rendah terhadap remaja perempuan itu.Secara tidak langsung,remaja perempuan itu juga akan dianggap menjatuhkan maruah atau harga keluarganya.Sebagai remaja perempuan yang ingin menjaga imej dan status sendiri dan juga keluarga,remaja – remaja akan mengambil jalan yang singkat iaitu membuangkan bayinya daripada dipandang hina oleh masyarakat.Pendek kata, masyarakat setempat sepatutnya tidak menghina dan mengejek remaja yang telah melakukan perbuatan zina maka seharusnya memberi dorongan dan sokongan kepada remaja – remaja.Sokongan dan dorongan dapat membantu mereka agar tidak melakukan perbuatan yang jahil dalam kehidupan.Jadi , mereka akan berfikiran lebih rasional semasa melakukan sesuatu perkara.
                   Fenomena pembuangan bayi dalam negara Malaysia semakin meningkat.Menurut statistik kes- kes pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) pada tahun 2008,sejumlah 112 kes pembuangan bayi telah dilaporkan di seluruh Malaysia .Pada tahun 2009,kes pembuangan bayi telah meningkat kepada 245 kes.Walau bagaimanapun,kita perlu tahu ,terdapat juga banyak kes pembuangan bayi tidak dilaporkan lagi. Melihat akan stastik yang dikongsi di atas,ternyata sekali kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja adalah implikasi daripada masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini terumatanya dalam kalangan generasi muda.
Langkah –Langkah Membendung Pembuangan Bayi
                  Perbuatan membuang bayi dalam kalangan remaja di merata – rata tempat dan menjadi binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji.Oleh itu, langkah –langkah yang efektif perlu dilaksanakan oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial itu agar tidak ada kelahiran anak –anak yang terbiar dalam masyarakat.
a)      Peranan Pihak Ibu Bapa
                  Tindakan yang paling berkesan dalam menghalusi gejala sosial ini ialah peranan pihak ibu bapa. Hal ini kerana, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan sahsiah remaja.Ibu bapa dapat mengawal tingkah laku anak – anak mereka.Ibu bapa seharusnya memberi kasih sayang kepada anak – anak mereka supaya mereka tidak berasa tersisir dalam institusi keluarga.Hal ini kerana , jika ibu bapa kurang memberi kasih sayang kepada anak mereka, maka akhirnya anak mereka akan terjerumus ke kancah negatif seperti ‘ mat rempit ‘ , melepak , berjudi , hubungan seks bebas dan sebagainya.Jadi , ibu bapa hendaklah sentiasa memberi perhatian atau mengambil berat tentang anak mereka.Ibu bapa juga perlu mengetahui kawan – kawan anak mereka supaya dapat berhubung dengan kawan anak mereka jika berlaku sebarang masalah.Sesungguhnya,kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak mereka dapat membantu remaja dalam apa- apa keadaan.
b)      Peranan Pihak Kerajaan
                  Seterusnya, pihak kerajaan perlulah mengambil tindakan yang bijaksana dalam membendung malapetaka ini yang telah menggugat masyarakat tempatan.Pihak kerajaan hendaklah mengadakan atau menganjurkan program – program motivasi dan kempen – kempen yang tentang sahsiah remaja.Hal ini demikian kerana,langkah –langkah yang berkesan seperti kempen dan ceramah dapat memberi maklumat kepada remaja.Sebagai contohnya, pihak kerajaan boleh menganjurkan kempen tentang hubungan seks bebas bagi remaja dan memberi amaran tentang menjalinkan hubungan seks bebas di bawah umur 18 tahun adalah melanggar peraturan dan undang – undang negara.Tambahan pula,badan – badan atau persatuan –persatuan remaja juga boleh mengadakan ceramah dalam kalangan remaja.Jadi, dengan ada asuhan dan didikan yang betul kepada remaja maka sifat –sifat atau peribadi remaja dapat dikawal dengan baik dan sempurna.Sesungguhnya,pihak kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam membanteras masalah tersebut supaya negara dapat melahirkan generasi muda yang lebih berwibawa dan berwawasan.
c)      Peranan Pihak Sekolah
                  Dalam mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja, pihak sekolah juga mempunyai peranan yang penting dalam mengatasinya.Sebagai contohnya,pihak sekolah perlu mengawal tingkah laku pelajar –pelajar.Jika terdapat aduan tentang kes – kes pelajar perempuan diusik oleh pelajar lelaki, pihak sekolah hendaklah membuat tindakan dan bukannya menopang dagu sambil memikirkan cara – cara untuk mengatasinya.Tambahan pula,terdapat sesetengah sekolah menyembunyikan kes –kes pelajar perempuan dirogol oleh pelajar lelaki di dalam sekolah.Jadi ,tindakan tegas hendaklah diambil oleh pihak sekolah untuk mengatasinya bukannya menyembunyikan kes tersebut.Pihak sekolah sepatutnya melaporkan kes – kes tersebut kepada pihak sekolah agar tiada lagi pelajar perempuan menjadi mangsa di sekolah. Kita perlu tahu bahawa sekolah merupakan tempat yang selamat kepada pelajar bukannya tidak selamat lagi bagi pelajar.Pendek kata, guru – guru kaunseling hendaklah bertanggungjawab dalam hal ehwal pelajar.Guru kaunseling merupakan orang tengah kepada pelajar untuk mengadu atau memberi bantuan kepada pelajar yang menghadapi masalah.
Penutup
                   Sebagai intihanya,semua pihak baik ibu bapa , masyarakat , sekolah atau kerajaan hendaklah bekerjasama dan menggembleng sepenuh tenaga dan kudrat untuk membanteras gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja.Masalah itu bagai duri dalam daging bagi negara.Jika kita tidak mengatasinya dengan segera maka nama baik atau imej negara akan runtuh.Tambahan pula,negara kita akan kehilangan banyak generasi yang bakal menerajui negara ke Wawasan 2020.Oleh itu, saya menegaskan lagi bahawa masalah sosial tersebut haruslah dihapuskan dengan segera supaya kadar pembuangan bayi dalam kalangan remaja dapat dikurangkan dan akhirnya dapat dibendung.Ayuh rakyat Malaysia,marilah kita bersama- sama merealisasikan dan melestarikan Misi Nasional !

PERGADUHAN DALAM INSTITUSI KELUARGA


Pendahuluan
             Setelah umat mengorak langkah memasuki alaf baru yang penuh dengan pancaroba kehidupan,ibu pertiwi kita kini mengalami revolusi gelombong ke-3 iaitu gelombong teknologi maklumat.Kerajaan telah merangka dan merencana pelbagai formula dan strategi pragmatif lagi komprehensif dalam usaha membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi,berduduk sama rendah”dengan negara maju dalam alam siber ini.Negara kita gagah dan bangga dengan kejayaan dalam teknologi maklumat ini turut meningkatkan impak negatif yang menyebabkan masalah dalam kalangan ibu bapa meningkat saban hari.Pergaduhan ibu bapa telah menjadi topik yang hangat diperkatakan oleh pelbagai masyarakat.Oleh itu,marilah kita bincang bersama-sama tentang pergaduhan ibu bapa.
Faktor –Faktor Menyebabkan Pergaduhan dalam Institusi Keluarga
a)      Faktor Ibu bapa
               Memang tidak dapat dinafikan bahawa hubungan ibu bapa yang semakin renggang mampu menyumbangkan perkara negatif kepada masyarakat.Antaranya ialah ibu bapa sendiri gagal dalam memahami serta menghormati sesama diri.Kita dapat malihat melalui perceraian yang kian meningkat di negara kita.Wabak yang kian mengganas ini boleh menyebabkan tuntasnya pembangunan negara kita.Hubungan ibu bapa yang renggang dapat dilihat dengan menerusi beberapa perkara.Keratan akhbar BERITA HARIAN pada 17Julai2005 melaporkan seorang suami yang bergaduh dengan isterinya dan akhirnya menyebabkan kematian isterinya.Kejadian ini bagai menconteng arang ke muka sendiri.Seandainya hubungan antara ibu bapa semakin renggang dan bergaduh,ahli keluarga terutamanya anak mereka menghadapi masalah dan mungkin menyebabkan anak mereka meninggalkan tanggapan buruk terhadap ibu bapa mereka.Kebejatan moral ini mungkan menyebabkan anak mereka mengikut jejek ibu bapa mereka untuk melakukan perkara sedemikian juga seperti bak kata pepatah ''Bagaimana acuan begitulah kuihnya.''
                Memang tidak dapat dinafikan bahawa kes pergaduhan ibu bapa semakin meningkat. Sesetengah suami isteri sering bergaduh kerana persengketan sama ada ingin menghantar warga tua ke rumah orang tua atau tidak.Suami isteri langsung tidak memahami perasaan warga tua yang bersendirian tinggal di rumah orang tuaSesetengah isteri tidak dapat berkomunikasi dengan ibu bapa suami mereka.Oleh itu,wujudlah pergaduhan antara suami isteri .Percanggahan pendapat sering  menyumbang kepada masalah pergaduhan.Sebagaimana yang kita ketahui,anak anak sekarang ghairah mengejar kemewahan dan bersifat materialistik.Mereka sering bekerja sampai lewat malam dan tidak memberikan kehidupan yang diinginkan oleh ibu bapa mereka.Mereka tidak pernah berfikiran kritis sebelum bertindak dan sering menghantar ibu bapa ke rumah orang tua.Sebenarnya apa yang diharapkan oleh ibu bapa hanyalah kasih sayang dari anak.Itulah sudah memadai bagi merekaAnk anak berfikiran bahawa kerjaya dan wang ringgit adalah lebih afdal daripada ahli keluarga.Hal ini akan mempengaruhi naluri jiwa warga tua.Emosi mereka  terganggu dan mudah menghidapi penyakit.
b)      Sikap Masyarakat Lalai
               Masyarakat begitu lalai sehingga menyebabkan kehidupan anak yang sepatutnya gembira menjadi kronik.Bak kata pepatah:Sediakan paying sebelum hujan,ibu bapa perlu melengkapkan keperluan asas anak-anak.Sekali air bah,sekali pantai berubah.Begitu juga dengan dunia yang kian ekstrem menjengah kita.Justeru,dalam kita mengharung arus pascamodenisme,sudah tentu remaja tidak mahu dihimpit dengan ketidakselesaandan pemikiran yang jumud.Maka sebagai ibu bapa perlu menyediakan keperluan asas anak anak bagi menjamin keselesaan.Hal ini penting bagi anak anak berasa seronok berada di rumah lantas tidak terlibat dengan gejala sosial.Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa fakulti sains masyarakat,anak anak dari keluarga miskin lebih terlibat dalam najis dadah.Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna, ibu bapa perlulah mencari akar hingga ke ubinya jika anak anak mereka terlibat dalam majis dadah.Hal ini pasti dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja dilengkapi walaupun ibu bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka.
Langkah –Langkah Mengatasi Masalah Pergaduhan dalam Institusi Keluarga
a)      Didikan kepada Ibu Bapa
              Intihanya,ibu bapa perlu mantap dalam kemahiram keibubapaan mereka dalam mendidik anak.Contoh;ketokohan Luqmarul Hakim yang cukup hebat mendidik anak anak berorientasi al-quran dan al-hadis.Kita todak mahu remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan.Sebaliknya kita inginkan barisan remaja yang berkaliber,cukup syumul dan utopia dihasilkan mengikut didikan agama moral.Jika ibu bapa ingin kehidupan anak anak seindah pelangi pelangi selepas hujan,perhatian yang lebih harus difokuskan kepada anak anak.Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membajakan nilai-nilai murni ke dalam diri remaja.Jika ibu bapa inginkan anak-anak yang berakhlak,berketrampilan,dan berkarisma tinggi,ibu bapa perlulah meluangkan lebih masa dalam menemani anak-anak mereka.Mencegah lebih baik daripada mengubati,oleh itu ibu bapa perlulah bertindak lebih awal sebelum anak-anak menjadi jahat.
Penutup
               Sebagaimana yang kita ketahui,anak-anak merupakan pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara.Oleh itu ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak.Jika negara kita ingin mengukir nama di pentas antarabangsa,masyarakat terutamanya ibu bapa perlulah mencurahkan lebih kasih sayang kepada anak-anak.Demi mencapai matlamat RUMAHKU SYURGAKU,masyarakat dan kerajaan perlulah bekerjasama untuk menyelesaikan masalah pergaduhan dalam keluarga.Wawasan 2020 merupakan matlamat yang ditetapkan oleh kerajaan,oleh itu masyarakat terutamanya ibu bapa memainkan peranan yang penting .Jika negara kita ingin maju seperti negara maju,pergaduhan dalam keluarga perlulah dikurangkan untuk mencapai jalur gemilang.

                  

PONTENG SEKOLAH



Pendahuluan
           Dalam alaf globalisasi ini,terdapat banyak masalah sosial yang sering menghiaskan lembaran akhbar.Adakah penyakit sosial ini sentiasa manjadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan?Gejala sosial ditakrifkan sebagai  perlakuan yang negatif dilakukan dan tidak mendapatkan sokongan daripada masyarakat serta tidak membawa keuntungan ke pada negara.Terdapat banyak gejala sosial yang sering kita mendengar iaitu seks bebas atau jenayah seksual,ponteng sekolah,penyalahguna dadah,kes pembuangan bayi dan lain-lain lagi.
            Gelaja sosial yang saya ingin kongsikan ialah masalah ponteng.Masalah ponteng juga dikenali sebagai masalah disiplin.Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru dalam kalangan pelajar sekolah di negara kita.Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas yang tidak mendapat kebenaran serta ketidakhadiran tanpa sebab yang munasabah atau di luar pengetahuan ibu bapa.Ponteng sekolah sering berkait dengan pelajar yang tidak berdisiplin dan bermoral rendah.Ia merupakan satu isu yang telah lama wujud dalam kalangan pelajar.Faktor-faktor berlakunya masalah ponteng ialah ibu bapa,pengaruh rakan sebaya dan sekolah.
Faktor –Faktor Menyebabkan Masalah Ponteng Sekolah
a)      Faktor Ibu bapa
             Faktor ibu bapa sering berkait dengan masalah sosial remaja,kenapa berlakunya demikian?Ibu bapa yang kurang memain peranan dalam kekeluargaan akan menyebabkan remaja tersebut terjerumus dalam masalah sosial dengan mudah.Sering kali kita mendengar ibu bapa mempengaruhi kejayaan dalam remaja terutama dalam pelajaran pelajar.Hal ini kerana ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan, galakan dan dorongan ,akan menyebabkan pelajar tersebut menimbul keyakinan diri,semangat dan minat dalam pelajarannya mahupun kehidupannya.Ibu bapa merupakan ‘role model’ kepada anak-anaknya.Oleh itu,ibu bapa perlu menunjukan pola-pola tinkah laku yang positif kepada anak-anaknya.Sesetengah ibu bapa memberi hak untuk anaknya supaya tidak perlu hadir ke sekolah pada hari sabtu, ini menunjukan kelas hari sabtu telah dihalalkan oleh ibu bapa tersebut.Lama- kelamaan,pelajar tersebut akan memberi banyak alasan kepada ibu bapanya supaya tidak perlu menghadiri ke sekolah pada hari sabtu ataupun hari sekolah yang biasa.Pelajar yang mempunyai masalah kekeluargaan seperti dari keluarga yang berpecah-bela,ibu bapa tersebut telah bercerai akan menyebabkan pelajar tersebut mudah terjerumus dalam gejala sosial.Pelajar yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah melibatkan diri dalam masalah sosial supaya boleh mendapat perhatian daripada orang yang berkenaan.
b)      Pengaruh Rakan Sebaya
                Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan masalah ponteng.Rakan sebaya sangat penting kepada remaja, dalam umur 13 hingga 17 ibu bapa pelajar perlu memberi perhatian yang mencukupi kepada anaknya supaya tidak melibatkan diri dalam masalah sosial seperti masalah ponteng dalam sekolah.Contoh,ibu bapa mesti tahu perangai, personaliti kawan anaknya supaya mengetahui siapakah orang yang sentiasa bersama dengan anaknya.Ibu bapa boleh mengunakan kaedah dengan megingatkan nombor telefon bimbit kawan-kawan anaknya.Kadang-kala,bukan anak mereka ingin ponteng sekolah ini mungkin disebabkan oleh rakan sebayanya sentiasa menggunakan teknik untuk menyebabkan anak mereka berasa jika dia tidak mengikut perbuatan rakan sebayanya dia akan diketepikan dan rakannya tidak akan maenghiraunya lagi.Oleh yang demikian, ibu bapa mesti menelitikan rakan-rakan anaknya sebelum mengizinkan anaknya berkawan dengan rakan-rakan dengan selamat.
c)      Faktor Sekolah
                  Faktor yang seterusnya yang akan menyebabkan gejala ponteng ialah faktor sekolah.Sekolah merupakan tempat yang menuntut ilmu dan pengetahuan ia merupakan rumah yang kedua kepada para pelajar, hal ini kerana pelajar menghabiskan kebanyakan masa dalam sekolah.Kepimpinan pengetua dalam sekolah amat penting ini akan mempengaruhi struktur pentadbiran sekolah.Contoh,jika seorang pengetua yang kurang pengalaman dalam mentadbir sekolah ini akan menyebabkan struktur perjalanan sekolah tidak lancar.Pedekatan guru juga sangat penting dalam sekolah.Kualiti seorang guru akan menyebabkan ilmu yang dapat dipelajari oleh seorang pelajar.Jika seorang guru yang tidak mempunyai pengalaman dalam mengajar dia akan mempengaruhi keputusan pelajar dalam kelas itu.Apabila terdapat banyak guru yang kurang berpengalaman ,pelajar akan berasa bosan dan tidak memahami apa yang diajar oleh cikgunya lalu pelajar itu akan ponteng sekolah.Pegetua atau guru besar perlu memastikan dapat menyediakan program-program yang menarik supaya dapat memastikan kehadiran pelajar penuh.
Penutup
               Masalah ini perlu dinangani dengan segera supaya ia tidak menular lagi.Terdapat banyak cara untuk menangani masalah ini antaranya ialah kerajaan dan sekolah.Kerajaan boleh menetapkan tarikh  peperiksaan UPSR dan PMR  dua minggu sebelum cuti akhir tahun untuk mengelakkan pelajar ponteng sekolah.Sekolah pula boleh menyediakan program yang lebih menarik supaya dapat menimbulkan minat pelajar untuk menghadiri ke sekolah dengan gembira.Selain itu,sekolah perlu menetapkan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghukumkan pelajar yang sentiasa tidak hadir ke sekolah.
              Masalah ini dapat ditangani dengan mendapat komitmen-komitmen daripada pelbagai pihak seperti masyarakat,kerajaan.sekolah dan ibu bapa pelajar tersebut.

RASUAH



Pendahuluan
      Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhadap  kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan yang terlibat dalam amalan rasuah.Ini sebagai bukti kerana masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai punca kesan dan langkah yang efektif untuk menanganinya.
Punca –Punca yang Mendorong Kes Rasuah
a)      Masalah Ketelusan Sistem Pentadbiran Kerajaan
         Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem pentadbiran  kerajaan. Masyarakat menganggap masalah rasuah ini bermaharajalela.Ini adalah disebabkan kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini iaitu rasuah. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kaki tangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini. Masalah ini akan semakin berleluasa apabila tidak menpunyai satu ketelusan dalam sistem tadbiran awam negara kita.
b)      Gaji Rendah
        Masalah jenayah rasuah juga disebabkan gaji rendah sama ada kakitangan kerajaan atau swasta.Mereka mempunyai pendapatan yang rendah menyebabkan mereka terpaksa  menerima rasuah untuk menikmati kemewahan hidup yang tinggi. Mereka mungkin mendapat peluang untuk kenaikan pangkat tetapi tidak layak untuk menuntut gaji yang tinggi untuk menikmati kemewahan hidupnya.Sebagai contohnya,pendapatan yang diperolehi oleh mereka tidak cukup membayar sewa rumah,ansuran kereta,perbalanjaan keluarga dan sebagainya.Pekerja bawahan seperti kerani tidak mampu untuk menikmati kemewahan hidupnya dan cuba  mendapatkan kemewahan yang lebih tinggi melalui  menerima rasuah.Mereka menerima rasuah melalui pelbagai cara seperti meluluskan permohonan projek. 
c)      Undang –Undang yang Lemah
        Bukan sahaja masalah ini membawa penularan gejala sosial tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan undang-undang yang dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara tentang isu rasuah ini. Tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggapkan  ringan kepada pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman untuk menangani isu ini. Hukuman yang ringan seperti denda ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah.Ini adalah disebabkan mereka sedar mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang mereka dapati  itu setelah keluar dari penjara. Sesungguhnya, kelemahan dalam sistem kehakiman menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah di negara ini telah memberi satu pandangan salah tentang rasuah ini kepada masyarakat kita.
d)     Kurang Didikan Agama
       Selain daripada kelemahan dalam sistem undang-undang ,punca yang seterusnya adalah mereka kurang didikan agama.Sejak kecil lagi,mereka tidak diberikan pendidikan agama yang sempurna akan menyebabkan mereka mempunyai tahap ajaran agama yang rendah atau tidak memahami ajaran agama secara  langsung .Seterusnya mereka akan melakukan sesuatu yang melanggarkan undang-undang agama seperti menerima rasuah. Seseorang yang berpendapatan tinggi dan memegang jawatan tinggi tidak semestinya mempunyai ajaran agama yang sempurna .Ini dibuktikan dengan mereka melakukan kegiatan yang menentang dengan agama mereka iaitu rasuah sama ada memberi rasuah atau menerima rasuah.Sifat menginginkan kekayaan telah mengkaburkan mata mereka dan menyebabkan mereka lupakan agamanya.
Kesan – Kesan Kes Rasuah
a)      Mengancam Ketegaan Ekonomi Negara
    Rasuah berlaku juga akan bawa kesan kepada negara iaitu mengancam ketegaan ekonomi dan ketidakseimbangan agihan ekonomi.Rasuah merupakan kos tidak langsung kepada semua aktiviti ekonomi.Misalnya,sesuatu projek berharga RM100juta tetepi RM10 juta diberikan untuk mendapatkan tender projek menjadikan RM110 juta terhadap projek tersebut.oleh itu,kos projek akan meningkat.Setiap pemberian tender juga akan asing akan melabur di negara lain kerana mereka lebih suka melabur di Negara yang bersih dan cekap.secara langsung ini akan melumpuhkan ekonomi Negara. Ini juga akan mewujudkan monopoli ekonomi dalam kalangan orang-orang tertentu sahaja.
b)      Imej Negara Terjejas
     Seterusnya imej Negara juga akan terjejas disebabkan kegiatan rasuah kian meleluasi. Menurut Karis Kraus(sarjana Jerman) menyatakan “Rasuah lebih hina dan keji daripada pelacuran”.Beliau menyatakan seorang pelacur hanya mencemarkan maruah dirinya sahaja tetapi pengamal rasuah mencemarkan maruah keseluruhan Negara.Jadi,seseorang yang melakukan rasuah merupakan pengkhianatan kepada agama.Amalan ini juga akan menjejaskan imej jabatan-jabatan kerajaan.Orang ramai akan memandang rendah kepada kakitangan awan dan rakyat akan menilai jabatan kerajaan dalam perspektif yang negatif.
Langkah –Langkah Mengatasi Kes Rasuah
a)      Peranan Pihak Kerajaan
        Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat akan beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak dibawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak  percaya rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini.
b)      Kempen - Kempen
         Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar atau  internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini.
c)      Penerapan Konsep Keagamaan dan Moral
          Selain itu, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan.
Penutup
         Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya.